DUNIA SENI PERFILEMAN MELAYU TELAH KEHILANGAN 2 TOKOH FILEM MELAYU YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA DUNIA SENI HIBURAN TANAH AIR
17 MARCH 2008
PELAKON ERA STUDIO JALAN AMPAS SINGAPURA, MOHD ALI ABD RAHMAN @ ALI RAHMAN, TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA USIA 82 TAHUN DI RUMAHNYA DI KAMPUNG PASIR,CHANGKAT JERING,PERAK.
SEMASA HAYATNYA,ALLAHYARHAM ALI RAHMAN TELAH BANYAK BERLAKON SEBAGAI WATAK PEMBANTU DALAM FILEM2 LAKONAN DAN ARAHAN ALLAHYARHAM P.RAMLEE A.M.N. ANTARA FILEM LAKONAN BELIAU BERSAMA P.RAMLEE IALAH:
ABU HASSAN PENCURI,SUMPAH ORANG MINYAK,ANTARA DUA DARJAT,SITORA HARIMAU JADIAN,RAGAM P.RAMLEE,DAJAL SUCHI,ENAM JAHANAM,DR.RUSHDI DAN PUTUS SUDAH KASIH SAYANG. FILEM LAIN LAKONAN ALI RAHMAN ADALAH:
ALADDIN,HATI IBLIS,RAYUAN SUKMA,JASA,AZIMAT,LUBALANG DAIK,SINGAPURA DILANGGAR TODAK,HUJAN DARAH,BUNGA MAS,RAHSIA HATIKU,LANGIT TIDAK SELALU CERAH DAN FILEM TERAKHIRNYA IALAH PEREMPUAN,ISTERI & ...1 APRIL 2008
PELAKON KOMEDI VETERAN, YUSNI JAAFAR, KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA USIA 62 TAHUN DI HOSPITAL SELAYANG.
BELIAU MULAI AKTIF BERLAKON SEJAK AWAL 60AN LAGI. BELIAU MENJADI PELAKON TAMBAHAN DALAM FILEM2:SITI PAYUNG & TANGKAP BASAH KELUARAN STUDIO MERDEKA KUALA LUMPUR.
PADA TAHUN 1978, BELIAU MENJADI PELAKON UTAMA DALAM FILEM PANGLIMA BADUL ARAHAN ALLAHYARHAM HUSSEIN A.HASSAN. BELIAU TERKENAL DENGAN WATAK LAWAKNYA YANG SEMULAJADI.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA. AMIN.....